Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Tambahan RM150 juta untuk siapkan 554 rumah generasi baharu Felda

Tambahan RM150 juta diperuntukkan bagi menyiapkan 554 rumah generasi baharu Felda di tiga tapak di Johor dan Terengganu.

October 27, 2026 • 6:58 AM 1 min read • 10 views
Tambahan RM150 juta untuk siapkan 554 rumah generasi baharu Felda

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam foto arkib 23 Mei 2024. Foto Pejabat Perdana Menteri Jepun/Wikimedia Commons

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2026 — Kerajaan memperuntukkan tambahan RM150 juta bagi menyiapkan 554 unit rumah di tiga tapak Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) di Johor dan Terengganu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu melibatkan masing-masing 200 rumah di Felda Bukit Aping Timur dan Felda Pasak di Johor serta 154 rumah di Felda Kerteh 5, Terengganu.

Menurut laporan Bernama, peruntukan berkenaan diumumkan Anwar sempena Hari Peneroka Felda pada 7 Julai lalu.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Butiran itu diperincikan menerusi jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Isnin, berhubung pelaksanaan perumahan generasi baharu dan status Rumah Pahang di Felda Jengka 11.

Wisma Felda di Kuala Lumpur dalam foto arkib 6 Jun 2014. Foto CEphoto, Uwe Aranas/Wikimedia Commons
Wisma Felda di Kuala Lumpur dalam foto arkib 6 Jun 2014. Foto CEphoto, Uwe Aranas/Wikimedia Commons

Bagi Rumah Pahang di Felda Jengka 11, Anwar berkata, projek itu telah diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

“Untuk makluman, status kemajuan projek pada tahun 2025 adalah sebanyak 75 peratus,” kata Anwar dipetik

Beliau menjelaskan projek berkenaan kini berada pada peringkat penyelenggaraan di bawah pihak yang bertanggungjawab.

Sebelum ini, PGBF dimulakan pada 2013. Sebanyak 12 tapak melibatkan 2,458 rumah telah siap dibina dan diduduki generasi baharu yang layak, menurut jawapan sama.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement