Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Bukan sekadar dikenali menerusi Kudrat, Evertts Gomes mahu intai peluang baharu

Pelakon Evertts Gomes mahu meneroka lebih banyak watak dan meningkatkan mutu lakonan selepas menarik perhatian menerusi Kudrat 1968: High Council.

W
Wawan Wartawan Senior
October 27, 2026 • 9:12 AM 3 min read • 5 views
Bukan sekadar dikenali menerusi Kudrat, Evertts Gomes mahu intai peluang baharu

Evertts Gomes di butik Cabbeen ketika majlis pelancaran di IOI City Mall, Oktober 2026.

PUTRAJAYA, 27 Oktober 2026 — Pelakon Evertts McClane Gomes berharap dapat meneroka lebih banyak watak dan peluang lakonan selepas mencuri perhatian menerusi watak Tunku Ghafar dalam siri Kudrat 1968: High Council.

Evertts, 28, berkata beliau mahu terus menghasilkan karya serta memperbaiki mutu lakonannya, di samping menghargai sokongan peminat yang mengikuti perjalanan seninya.

“Sasaran saya cuma nak hasilkan lebih banyak karya dan lakonan. Saya nak hiburkan peminat sebab saya gembira apabila tengok mereka suka dengan lakonan saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran butik Cabbeen di IOI City Mall, baru-baru ini.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Populariti siri Kudrat 1968: High Council mencetuskan perhatian penonton menerusi jalan cerita, watak dan barisan pelakonnya. Kisah itu akan diteruskan di layar perak apabila filem dengan judul sama dijadualkan menemui penonton pada 29 Oktober.

Evertts berkata, beliau gembira dengan reaksi penonton terhadap lakonannya, walaupun turut menerima komen negatif.

“Sebenarnya saya gembira dan puas hati sebab kebanyakan komen dan respons daripada peminat adalah positif. Walaupun ada juga yang negatif, saya berlapang dada menerima,” katanya.

Beliau mengakui ada kalanya membaca komen di media sosial, termasuk dakwaan bahawa dirinya mendapat bayaran mudah kerana wataknya tidak mempunyai banyak dialog berbanding pelakon lain.

“Itu hanya satu pendapat. Setiap manusia boleh bagi pendapat sendiri. Saya pilih untuk abaikan benda-benda negatif. Namun perkara itu ada kala boleh dijadikan motivasi untuk saya buat lebih baik dalam projek seterusnya,” jelasnya.

Evertts Gomes di dalam sebuah butik
Evertts Gomes ketika berada di sebuah butik.

Terbuka didekati peminat

Di sebalik perhatian yang diterima, Evertts mengakui dirinya seorang introvert dan pemalu apabila berdepan orang ramai. Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan peminat yang ingin menyapanya apabila terserempak di luar.

“Kalau peminat nak dekati saya di luar, jangan segan. Datang sahaja dan tegur. Saya malu-malu sebab saya memang seorang introvert terutama dengan orang yang tak dikenali.

“Namun kalau kena dengan mood saya yang mungkin 'kacip' ketika itu, anda akan beruntung,” katanya berseloroh.

Potret pelakon Evertts Gomes
Evertts Gomes berharap dapat mencuba lebih banyak watak dan cabaran lakonan.

Mengulas mengenai filem itu, Evertts memberi bayangan bahawa naskhah berkenaan bakal menjawab persoalan yang timbul sepanjang empat episod siri tersebut.

“Saya rasa perkara paling jelas yang peminat boleh jangkakan ialah jawapan kepada semua soalan mereka dari episod satu hingga empat. Filem ini tempat semua jawapan itu akan diberikan.

“Peminat boleh jangkakan satu kejutan besar. Plot twist Kudrat ini macam ada satu lagi plot twist di sebalik plot twist. Kena bersedia,” katanya.

Poster watak Ghafar dalam Kudrat 1968: High Council
Poster watak Ghafar dalam filem Kudrat 1968: High Council. Imej Astro Shaw

Sebelum ini, Astro Shaw mengumumkan siri empat episod itu sebagai sebahagian daripada penceritaan yang disambung menerusi filem. Evertts turut disenaraikan dalam barisan pelakon bersama Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad dan Chech Harith.

Bekas peserta Hero Dewi Remaja 2023 itu menjadikan pelakon Bront Palarae sebagai sumber inspirasi dan mahu membina kerjaya yang tidak terhad kepada satu watak, sebaliknya membuka ruang untuk mencuba lebih banyak peluang serta cabaran lakonan.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement