Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Meraikan dua dekad IFF dengan sentuhan budaya Peranakan

Islamic Fashion Festival meraikan ulang tahun ke-20 dengan tema ‘Peranakan: The Golden Era’ di Kuala Lumpur.

W
Wawan Wartawan Senior
November 7, 2026 • 3:54 PM 3 min read • 33 views
Meraikan dua dekad IFF dengan sentuhan budaya Peranakan

Datuk Seri Raja Rezza Shah bersama barisan pereka fesyen yang mengambil bahagian dalam IFF Kuala Lumpur 2026.

PERJALANAN merentasi sempadan budaya dan negara menjadi sebahagian daripada identiti Islamic Fashion Festival (IFF) sejak diperkenalkan dua dekad lalu.

Festival yang membawa misi mengetengahkan keindahan fesyen Islamik ke pentas antarabangsa itu kini memasuki satu lagi fasa penting apabila bakal meraikan ulang tahun ke-20 menerusi penganjuran edisi Kuala Lumpur 2026.

Berlangsung pada 21 hingga 23 November 2026 di Mandarin Oriental Kuala Lumpur, penganjuran kali ke-49 itu memilih tema ‘Peranakan: The Golden Era’ sebagai penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan warisan yang membentuk identiti masyarakat.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Seri Raja Rezza Shah berkata pemilihan tema tersebut cukup bertepatan dengan ulang tahun ke-20 festival itu kerana membawa semangat penyatuan kaum dan integrasi budaya, selari dengan matlamat yang diperjuangkan sejak awal penganjurannya.

“Edisi IFF tahun ini lebih bermakna kerana menandakan ulang tahun ke-20 penganjurannya. Bagi meraikan pencapaian ini, kami merasakan tema Peranakan paling sesuai kerana, seperti IFF, ia turut mencerminkan semangat meraikan kepelbagaian kaum dan penyatuan budaya,” katanya.

Datuk Seri Raja Rezza Shah menyampaikan ucapan sempena penganjuran IFF Kuala Lumpur 2026.
Datuk Seri Raja Rezza Shah menyampaikan ucapan sempena penganjuran IFF Kuala Lumpur 2026.

Sepanjang 20 tahun penganjurannya, festival berkenaan telah melebarkan sayap ke empat benua, merangkumi Asia, Eropah, Amerika dan Afrika.

Namun, perancangan untuk kembali mengadakan pertunjukan di negara-negara Barat terpaksa ditangguhkan berikutan konflik yang masih berlarutan.

Raja Rezza Shah bagaimanapun berharap perjalanan IFF dapat diteruskan ke rantau Timur pada tahun depan, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk festival itu memperluas jangkauan ke peringkat antarabangsa.

Memasuki tahun ke-21, IFF juga merancang untuk bergerak ke arah baharu bagi menyesuaikan penganjurannya dengan perubahan masa dan perkembangan semasa.

Pesona fesyen serantau

Bagi edisi kali ini, Mandarin Oriental Kuala Lumpur tampil sebagai penganjur bersama dalam menjayakan festival yang menghimpunkan barisan pereka dari dalam dan luar negara.

Pentas IFF bakal menampilkan 13 pereka dari Malaysia dan 11 pereka dari Indonesia, termasuk Rizman Ruzaini, Radzuan Radziwill, Tom Abang Saufi, Calvin Thoo, Ezuwan Ismail, Shanell Harun dan Ghea Panggabean.

Barisan model memperagakan busana berinspirasikan budaya Peranakan untuk IFF Kuala Lumpur 2026.
Barisan model memperagakan busana berinspirasikan budaya Peranakan untuk IFF Kuala Lumpur 2026.

Selain koleksi pakaian, pengisian fesyen tahun ini turut diserikan dengan penyertaan beberapa jenama tudung dan beg tangan, di samping koleksi barang kemas.

Meneruskan pendekatan penganjuran terdahulu, festival ini turut memberi penekanan kepada usaha kebajikan menerusi kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi yang bertindak sebagai hos bersama bagi setiap sesi pertunjukan.

Tiga sesi dijadualkan berlangsung pada jam 11.30 pagi, 3 petang dan 8 malam, dengan Puspanita Cawangan Kementerian Dalam Negeri, Masjid Ibadur Rasheed, Yayasan Metamorphosis, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Yayasan Tuanku Nur Zahirah, Pandu Puteri Kelantan dan Sarawak Ladies Club sebagai hos bersama.

Penganjuran IFF Kuala Lumpur 2026 turut mendapat sokongan beberapa penaja dan rakan kerjasama daripada pelbagai sektor, termasuk fesyen, gaya hidup, hospitaliti serta penyedia perkhidmatan makanan dan minuman.

Festival yang bakal menampilkan Elaine Daly dan Malek McCrone sebagai pengacara itu turut diserikan dengan persembahan sembilan artis jemputan, termasuk Liza Aziz, Nadeera dan Haziq Rosebi.

Datuk Seri Raja Rezza Shah (tengah) bersama pengacara Elaine Daly dan Malek McCrone.
Datuk Seri Raja Rezza Shah (tengah) bersama pengacara Elaine Daly dan Malek McCrone.

Kesemua pengisian tersebut meneruskan tradisi IFF sebagai sebuah festival yang menggabungkan persembahan fesyen dengan kerjasama pelbagai pihak, sekali gus memberikan makna tersendiri kepada edisi kali ini.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement