Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
Advertise Here • 728x90 Leaderboard

Siapa import paling ikonik era 80-an, 90-an?

Itulah istimewanya era 1980-an dan 1990-an. Pemain import bukan setakat pelengkap skuad tetapu ada yang benar-benar menjadi sebahagian daripada identiti pasukan sehingga nama mereka terus disebut walaupun sudah puluhan tahun meninggalkan Malaysia.

September 21, 2026 • 3:20 AM 2 min read • 7 views
Siapa import paling ikonik era 80-an, 90-an?

Karel Stromsik (kiri) meninggalkan kesan yang cukup kuat dalam ingatan penyokong Selangor pada penghujugn 80-an dan awal 90-an.

ADA pemain yang datang ke Liga Malaysia, beraksi semusim atau dua musim kemudian hilang begitu sahaja daripada ingatan.

Tetapi ada juga yang namanya kekal puluhan tahun! Sebut sahaja Karel Stromsik, Tony Cottee, Abbas Saad, Piyapong Pue-on, Ervin Boban atau Laszlo Repasi, peminat bola sepak lama mungkin tidak perlu berfikir panjang.
 
Terus terbayang warna jersi, stadium, rakan gandingan dan zaman pasukan negeri masing-masing.

Itulah istimewanya era 1980-an dan 1990-an. Pemain import bukan setakat pelengkap skuad tetapu ada yang benar-benar menjadi sebahagian daripada identiti pasukan sehingga nama mereka terus disebut walaupun sudah puluhan tahun meninggalkan Malaysia.

Stromsik misalnya cukup sinonim dengan Selangor pada penghujung 80-an dan awal 90-an. Penjaga gol Czechoslovakia itu beraksi bersama Gergasi Merah dari 1989 hingga 1991 dan meninggalkan kesan yang cukup kuat dalam ingatan penyokong.

Malah, Stromsik pernah menjaringkan gol untuk Selangor, sesuatu yang menjadikan namanya lebih mudah melekat dalam memori peminat.

Kemudian muncul pula Tony Cottee. Bekas penyerang England itu antara nama besar yang pernah mewarnai Liga Malaysia apabila menyertai Selangor pada 1996 sebelum membantu pasukan itu memenangi Piala FA pada 1997.
Laszlo Repasi buka lagi nama asing dalam kalangan penyokong fanatik Perak.
Bagi penyokong Selangor ketika itu, nama Cottee tidak boleh dipisahkan daripada Christopher Kiwomya dan Mehmet Durakovic.

Perak pula mempunyai Laszlo Repasi. Penyerang Hungary itu menyertai Perak pada pertengahan musim 1997 dan pantas mencuri perhatian penyokong. Namanya kemudian menjadi antara yang sering disebut apabila peminat The Bos Gaurus mengimbau penghujung 90-an.

Di Pahang pula, nama Piyapong Pue-on cukup kuat. Penyerang Thailand itu menjadi antara wajah penting pasukan pada era 80-an, ketika Pahang berada dalam kelompok kuasa utama bola sepak tempatan.

Sarawak tidak kurang hebat dengan John 'Kerbau' Hunter yang cukup sinonim dengan era Ngap Sayot. Johor pula mempunyai Abbas Saad dan Allistair Edwards, dua pemain Australia yang menjadi sebahagian daripada kisah pasukan itu pada 90-an.

Kelantan juga mempunyai nama yang mungkin masih tersimpan dalam ingatan penyokong lama seperti Radun Sandro, Michael Rocky, Dimitry Kalkanov dan Alexander Freeman.

Nama Freeman misalnya cukup menarik kerana pemain Liberia itu pernah menjadi rakan sepasukan legenda dunia George Weah sebelum mewarnai bola sepak tempatan.

Jadi, kalau disebut seorang pemain import era 80-an atau 90-an, siapa yang terus muncul dalam kepala anda?

Stromsik? Cottee? Repasi? Hunter? Abbas Saad? Piyapong? Atau mungkin nama lain yang tidak disebut di sini?

Kerana ada pemain yang meninggalkan statistik dan ada yang meninggalkan trofi.

Tetapi pemain yang benar-benar ikonik biasanya meninggalkan sesuatu yang jauh lebih sukar digantikan iaitu kenangan.

Passionate about independent digital journalism and tech trends.

Langgan Buletin NusaTimes

STICKY SPONSOR BANNER
300x600 Skyscraper Slot