Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Konsert Sooka dan Vaganza satukan selera muzik pelbagai generasi

Astro meraikan ulang tahun ke-30 dengan Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember di Idea Live Arena.

N
Norhayati Wartawan Senior
November 12, 2026 • 3:15 PM 3 min read • 31 views
Konsert Sooka dan Vaganza satukan selera muzik pelbagai generasi

Barisan artis dan penganjur pada sidang media Konsert Sooka dan Konsert Vaganza. Foto Astro.

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-30 Astro, peminat muzik tempatan bakal menikmati dua malam penuh hiburan menerusi Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026, bertempat di Idea Live Arena, 3 Damansara.

Mengangkat tema One Stage, Three Decades, Endless Memories, kedua-dua konsert ini menghimpunkan barisan artis daripada pelbagai generasi, menawarkan pengalaman muzik yang merangkumi persembahan band bertenaga, lagu-lagu popular serta kolaborasi eksklusif yang bakal mencipta momen istimewa buat para peminat.

“Sepanjang 30 tahun, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan industri hiburan tempatan, daripada mencungkil bakat baharu hingga meraikan nama-nama yang telah mencipta legasi tersendiri. Menerusi Konsert Sooka dan Konsert Vaganza, kami ingin memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada peminat, sambil menghimpunkan artis dan karya yang mencerminkan kepelbagaian landskap muzik Malaysia.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Kedua-dua konsert ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik," kata Naib Presiden, Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Antara artis yang hadir pada sidang media Konsert Sooka dan Konsert Vaganza. Foto Astro.
Antara artis yang hadir pada sidang media Konsert Sooka dan Konsert Vaganza. Foto Astro.

Konsert Sooka untuk peminat muzik generasi muda

Manakala buat peminat muzik generasi muda, Konsert Sooka pada 5 Disember bakal menampilkan barisan kumpulan muzik popular yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan pendengar Gen Z. Menghimpunkan The Lantis, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo dan penampilan istimewa daripada Kudrat Boys, konsert ini meraikan keunikan muzik berkumpulan menerusi lagu-lagu hit yang dekat di hati peminat.

Sesi bersama media sempena pengumuman dua konsert ulang tahun Astro. Foto Astro.
Sesi bersama media sempena pengumuman dua konsert ulang tahun Astro. Foto Astro.

Dikenali dengan persembahan bertenaga, melodi yang mudah melekat di ingatan serta lagu-lagu yang mengundang sing-along, setiap kumpulan bakal membawa karakter muzik tersendiri ke pentas. Penonton boleh menjangkakan suasana seperti sebuah persembahan muzik langsung yang meriah, dengan peluang untuk menyanyi bersama dan menikmati setiap rentak sepanjang malam.

Konsert Vaganza himpunkan artis pelbagai generasi

Pada 6 Disember, Konsert Vaganza bakal menyajikan pengalaman muzik yang lebih istimewa menerusi gandingan artis daripada pelbagai generasi. Antara yang bakal mencuri perhatian ialah duet Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain, selain persembahan Jaclyn Victor bersama Datuk Ramli MS yang bakal membawakan hampir 20 buah lagu dalam satu segmen istimewa.

Barisan pemuzik pada sidang media Konsert Sooka dan Konsert Vaganza. Foto Astro.
Barisan pemuzik pada sidang media Konsert Sooka dan Konsert Vaganza. Foto Astro.

Malam tersebut turut menyaksikan pertemuan pertama Tenxi dan Nadeera di atas pentas menerusi sebuah duet, selain penampilan Tenxi bersama artis-artis Malaysia dalam sebuah konsert. Keunikan persembahan turut diperkaya dengan pengaruh muzik Datuk Ramli MS yang bakal menerajui susunan muzik bagi lagu-lagu hit ALPHA dan karya Noh Salleh, menggabungkan identiti muzik tersendiri setiap artis dengan sentuhan seorang maestro industri.

Tidak ketinggalan, elemen Girls Power bakal menyerikan pentas menerusi gabungan Mimi Fly bersama The Girls yang terdiri daripada Odda, Amarra dan Tengku Ratu. Penonton juga bakal menyaksikan Hussain dan ALPHA kembali bergabung dalam satu pentas, menghimpunkan dua nama yang mencuri perhatian sepanjang tahun ini.

Artis yang terlibat dalam sambutan ulang tahun ke-30 Astro. Foto Astro.
Artis yang terlibat dalam sambutan ulang tahun ke-30 Astro. Foto Astro.

Dengan lebih 30 buah lagu sepanjang tiga jam, Konsert Vaganza bakal membawa penonton menikmati sebuah persembahan yang menggabungkan kekuatan vokal, kepelbagaian genre dan kolaborasi yang jarang dapat disaksikan dalam satu pentas.

Tiket untuk Konsert Sooka dan Konsert Vaganza kini boleh didapati menerusi Ticketmelon. Peminat boleh membeli kategori tiket mengikut keselesaan masing-masing untuk menikmati dua malam persembahan yang meraikan muzik, nostalgia dan hiburan sempena ulang tahun ke-30 Astro.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement