Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Kalau Chong Wei bermain di zaman media sosial

Satu smash boleh menjadi video viral, satu kemenangan boleh memenuhi media sosial dan satu kekalahan pula mungkin menjadi bahan perbincangan selama berhari-hari.

September 21, 2026 • 3:44 AM 3 min read • 86 views
Kalau Chong Wei bermain di zaman media sosial

Chong Wei sentiasa mendapat liputan luar biasa setiap kali turun beraksi dalam mana-mana perlawanan peringkat antarabangsa.

BAYANGKAN Datuk Seri Lee Chong Wei berada di kemuncak kariernya pada zaman TikTok, Instagram, YouTube Shorts dan X.

Setiap kali beliau turun gelanggang, telefon peminat sudah bersedia.

Satu smash boleh menjadi video viral, satu kemenangan boleh memenuhi media sosial dan satu kekalahan pula mungkin menjadi bahan perbincangan selama berhari-hari.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Begitulah dunia sukan hari ini. Atlet bukan lagi hanya bertanding di gelanggang. Apa sahaja yang mereka lakukan boleh menjadi kandungan dalam beberapa saat.

Sekarang cuba kita bawa Chong Wei ke dalam dunia itu. Pertemuan dengan Lin Dan bukan lagi sekadar perlawanan badminton.

Ia akan menjadi acara media sosial. Poster perlawanan akan muncul berulang kali dan video lama kedua-duanya akan dikitar semula. 

Statistik pertemuan mereka akan menjadi kandungan. Setiap mata menarik akan dipotong menjadi video pendek.

Mungkin sebelum perlawanan bermula pun sudah ada berjuta-juta tontonan.

Selepas perlawanan, lebih banyak lagi. Jika menang, Lee Chong Wei akan menjadi bahan utama.

Jika kalah, algoritma pula akan menentukan berapa lama kekalahan itu kekal dalam ingatan orang ramai dan di sinilah dunia media sosial menjadi menarik.

Ia boleh menjadikan seorang atlet lebih popular daripada sebelumnya tetapi pada masa sama, ia juga boleh menambah tekanan yang tidak pernah dirasai atlet generasi terdahulu.

Bayangkan selepas kalah di final Olimpik, bukannya hanya berdepan soalan wartawan.

Pemain mungkin perlu melihat ribuan komen dalam telefon. Ada yang menyokong, ada yang kecewa, ada yang membandingkan dengan Lin Dan.

Malah, ada yang mempersoalkan strategi dan tidak kurangnya ada juga yang terus menyalahkan pemain.

Tidak keterlaluan, mungkin ada video analisis yang sudah tular sebelum pemain sempat masuk ke bilik persalinan. Itulah perbezaan besar antara dua zaman.

Chong Wei membesar dalam era ketika kehidupan peribadi atlet tidak sentiasa berada di depan mata peminat.

Bayangkan bagaimana seorang legenda seperti Chong Wei akan menyesuaikan diri jika kegilaan media sosial wujud pada zamannya.

Media sosial belum menjadi tempat orang ramai meluahkan segala-galanya. Hari ini, atlet tidak mempunyai kemewahan tersebut.

Setiap kemenangan boleh menjadi peluang membina jenama dan setiap kekalahan pula boleh menjadi ujian mental.

Namun, ada satu perkara yang mungkin membuatkan Lee Chong Wei menjadi lebih besar sekiranya beliau berada dalam era ini.

Cerita tentang dirinya akan sampai kepada generasi yang lebih muda dengan jauh lebih pantas.

Kanak-kanak yang mungkin tidak pernah melihat perlawanan Olimpik 2008 boleh mengenali beliau melalui video pendek.

Klip perlawanan menentang Lin Dan boleh ditonton semula bila-bila masa.

Perjalanan kariernya boleh didokumentasikan dalam bentuk kandungan yang lebih menarik.

Dan mungkin nama Chong Wei bukan sahaja menjadi legenda badminton Malaysia, tetapi personaliti sukan global dengan jutaan pengikut.

Tetapi kita juga boleh melihatnya dari sudut lain.

Adakah populariti yang lebih besar bermaksud kehidupan yang lebih mudah?

Belum tentu! Bayangkan tekanan yang diterima setiap kali beliau kalah.

Bayangkan setiap keputusan taktikal dianalisis oleh ribuan pengguna media sosial.

Bayangkan setiap gambar dan kenyataan boleh dipetik di luar konteks.

Mungkin Chong Wei akan mempunyai lebih ramai peminat. Tetapi mungkin beliau juga akan mempunyai lebih ramai pengkritik.

Sebab itu soalan ini menarik. Bukan untuk menentukan sama ada zaman dahulu lebih baik atau zaman sekarang lebih hebat.

Sebaliknya, kita cuba bayangkan bagaimana seorang legenda seperti Chong Wei akan menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak pernah berhenti bercakap.

Kalau Chong Wei berada di kemuncak kariernya pada zaman TikTok dan Instagram hari ini, adakah beliau akan menjadi lebih popular daripada sekarang?

Atau anda rasa tekanan media sosial sebenarnya akan menjadikan perjalanan kariernya jauh lebih sukar? 

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement

Passionate about independent digital journalism and tech trends.