Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Anwar arah tindakan tegas terhadap sindiket penyeludupan selepas anggota Maritim terkorban

Perdana Menteri menggesa tindakan tegas terhadap sindiket dan pihak bersubahat susulan kematian anggota APMM ketika operasi di Perlis.

October 27, 2026 • 5:58 PM 2 min read • 28 views
Anwar arah tindakan tegas terhadap sindiket penyeludupan selepas anggota Maritim terkorban

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam foto arkib 27 Jun 2025. Foto Laily Rachev/Sekretariat Presiden Indonesia

KUALA LUMPUR, 27 Oktober 2026 — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pasukan penguatkuasaan bertindak tegas terhadap sindiket penyeludupan warga asing dan pihak yang bersubahat dengan mereka selepas seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terkorban ketika menjalankan tugas di Perlis.

Anggota Unit Perisikan APMM itu, Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, maut ketika operasi menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara ini.

Anwar berkata, beliau amat terkesan dengan pemergian Allahyarham dan kecewa terhadap tindakan pihak yang menggugat keselamatan serta kedaulatan negara.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

“Kita tidak boleh membiarkan pengorbanan ini menjadi sia-sia. Seluruh pasukan penguatkuasaan mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing, termasuk mana-mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan mereka.

“Petualang yang mengizinkan kedaulatan negara kita dicabul juga mesti diheret ke muka pengadilan. Nyawa anggota keselamatan dan kedaulatan tanah air tidak boleh dipertaruhkan,” katanya.

Kapal peronda Maritim Malaysia
Kapal peronda Maritim Malaysia dalam foto arkib 2012. Gambar hiasan, bukan bot yang terlibat dalam kejadian. Foto Kistara/Wikimedia Commons

Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mohd Roshaimi serta seluruh warga APMM yang kehilangan rakan seperjuangan.

Beliau mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

Sebelum itu, Bernama melaporkan seorang anggota APMM maut dan tiga lagi cedera dalam kejadian pelanggaran bot ketika operasi penguatkuasaan di perairan Kuala Sungai Padang, Kuala Perlis pada malam Isnin.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, lima anggota APMM ketika itu berusaha menahan sebuah bot yang disyaki membawa pendatang tanpa izin warga Myanmar.

Menurutnya, bot berkenaan memecut ke arah pantai selepas dikesan dan dikejar selama kira-kira 15 minit sebelum berlaku pelanggaran yang menyebabkan bot APMM menghimpit batu.

Tiga anggota tercampak ke laut. Seorang daripadanya dilaporkan hilang sebelum ditemukan terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1.30 pagi Selasa dan disahkan meninggal dunia.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement