Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

71 individu ditahan kes pemalsuan pasport pekerja asing sejak 2024

JIM menahan 71 individu dalam 17 operasi membanteras pemalsuan pasport dan dokumen bagi urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing.

A
Aim Wartawan Senior
October 28, 2026 • 11:05 AM 1 min read • 36 views
71 individu ditahan kes pemalsuan pasport pekerja asing sejak 2024

Hantaran tular berkaitan dakwaan pemalsuan pasport pekerja asing. Foto tangkap layar media sosial

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 — Seramai 71 individu ditahan menerusi 17 operasi penguatkuasaan berhubung kegiatan pemalsuan pasport dan dokumen perjalanan bagi urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak 2024.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan, modus operandi yang dikenal pasti termasuk menggantikan gambar pada pasport, mengubah maklumat biodata serta menggunakan identiti pekerja asing lain untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kegiatan itu dikaitkan dengan usaha mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan bagi urusan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

“Namun ia tidak semestinya bermaksud dokumen berkenaan digunakan untuk memasuki Malaysia,” kata JIM dalam kenyataan di Facebook..

Penjelasan itu dibuat susulan penularan semula hantaran media sosial mengenai dakwaan penggunaan pasport palsu bagi pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Hantaran sama pernah tular pada April lalu.

JIM menjelaskan kegiatan pemalsuan pasport dan pengubahsuaian biodata bagi tujuan tersebut telah dikenal pasti melalui risikan serta operasi penguatkuasaan sejak 2024.

Jabatan itu menegaskan akan terus mempergiat risikan dan operasi serta mengambil tindakan tegas terhadap individu, sindiket dan pihak yang bersubahat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan itu diminta menyalurkannya kepada JIM bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

Sindiket salah guna kuota pekerja asing disyaki raih hingga RM5,000 seorang

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement