Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Hero drama, Jazmy Juma cuba nasib jual suara, akui gugup di pentas

Jazmy Juma mahu mengasah teknik nyanyian dan keyakinan di pentas, sambil terus berhati-hati memilih watak lakonan.

N
Norhayati Wartawan Senior
October 29, 2026 • 9:42 PM 3 min read • 10 views
Hero drama, Jazmy Juma cuba nasib jual suara, akui gugup di pentas

Jazmy Juma meneroka bidang nyanyian di samping kerjaya lakonan.

NAMA Jazmy Juma mungkin lebih dikenali sebagai pelakon, namun anak seni ini turut mempunyai minat dan bakat dalam bidang nyanyian.

Tidak hanya bergantung pada populariti menerusi drama dan filem, pemilik nama sebenar Jazmy Khan Juma Khan, 28, itu membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya apabila mencuba nasib sebagai penyanyi.

Ketika sidang media drama iQIYI Original, Dua Nyawa pada Rabu, Jazmy berkesempatan menghiburkan tetamu dengan lagu runut bunyi drama berkenaan.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Mahu memperkenalkan sisi berbeza dirinya kepada peminat, Jazmy mengakui masih berasa gugup ketika menyanyi di hadapan orang ramai.

“Kalau nak menyanyi ini susah juga sebenarnya. Saya pernah cuba masuk pertandingan nyanyian, tetapi apabila nak menyanyi di hadapan orang ramai, mestilah rasa gugup.

“Dalam lakonan, kita sudah ada susunan dan persediaan ketika penggambaran. Tetapi apabila menyanyi, kita perlu berdepan dengan penonton dan membina keyakinan sendiri,” kata Jazmy ketika ditemu bual pada majlis itu.

Dia mengakui menyanyi di hadapan orang ramai bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila dirinya masih belajar menguasai pentas sebagai penyanyi.

Jazmy Juma membuat persembahan pada sidang media Dua Nyawa.
Jazmy Juma menghiburkan tetamu pada sidang media drama Dua Nyawa.

Minat berputik sejak zaman persekolahan

Ditanya mengenai minatnya dalam nyanyian, Jazmy yang menyimpan impian untuk bergelar penyanyi profesional berkata, minat itu berputik sejak zaman persekolahan.

“Memang dari zaman sekolah saya sudah minat menyanyi. Sejak kecil lagi saya suka karaoke. Sekarang ini saya nak cuba menjadi penyanyi profesional dan mencuba semua genre.

“Saya juga merancang untuk pergi kelas muzik sebab banyak lagi yang perlu saya belajar, terutama dari segi teknik nyanyian dan keyakinan apabila berada di atas pentas,” katanya.

Jazmy mahu terus belajar dan menimba pengalaman bagi memperbaiki kelemahan diri. Baginya, impian untuk bergelar penyanyi profesional memerlukan usaha serta kesungguhan, selain keberanian untuk keluar daripada zon selesa.

Sebelum ini, Jazmy tampil dengan single sulung, Gelora pada 2024, sebelum berduet dengan Tracie Sinidol menerusi Ku Tetap Ada pada 2026.

Lagu duet itu turut dipilih sebagai runut bunyi drama Hilang Dalam Rindu 2.

Penglibatannya dalam bidang muzik memperlihatkan keinginan Jazmy meneroka potensi dalam cabang seni lain tanpa mengehadkan diri kepada lakonan.

Baginya, membina nama sebagai penyanyi memerlukan masa dan proses tersendiri. Dia memilih untuk terus belajar, memperbaiki kemampuan dan memberikan yang terbaik dalam setiap peluang yang diterima.

Jazmy Juma.
Jazmy Juma mahu terus belajar bagi memperbaiki teknik nyanyian dan keyakinan di pentas.

Sentiasa berhati-hati pilih watak

Dalam perkembangan lakonan, Jazmy tampil sebagai antara teraju utama Dua Nyawa yang bakal ditayangkan di iQIYI mulai 13 November ini.

Dia memberitahu, sejak dahulu dirinya berhati-hati menerima tawaran lakonan demi menjaga kualiti serta kesesuaian watak yang dibawakan.

Jazmy juga mengenali kemampuan diri dan tidak teragak-agak untuk berterus terang kepada pihak produksi atau pengarah sekiranya merasakan sesuatu watak di luar kemampuannya.

“Dari dulu lagi saya memang memilih watak dan menjaga kualiti. Saya kenal diri sendiri. Kalau saya rasa tak boleh buat sesuatu watak itu, saya akan beritahu pihak produksi atau pengarah.

“Saya juga akan bertanya pandangan orang sekeliling. Sampai sekarang, keputusan saya bukan disebabkan isteri semata-mata. Tuhan sahaja yang tahu sama ada saya sudah bersedia atau tidak untuk membawa sesuatu watak,” katanya.

Artikel Berkaitan Terdahulu:

‘Dua Nyawa’ kupas realiti kehamilan usia muda dan harga sebuah keputusan

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement