Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Semua penerbangan berlepas ditahan seluruh AS

FAA mengeluarkan arahan henti berlepas di seluruh Amerika Syarikat selepas gangguan komunikasi menjejaskan 22 pusat kawalan trafik udara serantau.

November 14, 2026 • 7:14 AM 2 min read • 94 views
Semua penerbangan berlepas ditahan seluruh AS

Foto arkib menara kawalan trafik udara di Pangkalan Tentera Udara Tyndall, Florida, pada 6 Mei 2025. Foto Asha Wiltshire/Tentera Udara AS.

WASHINGTON, 14 November 2026 — Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) pada petang Jumaat waktu tempatan mengarahkan semua penerbangan berlepas ditahan di seluruh negara selepas gangguan komunikasi menjejaskan pusat kawalan trafik udara. Pesawat yang sudah berada di udara masih dibenarkan mendarat.

FAA berkata arahan ground stop itu dikeluarkan atas sebab keselamatan. Sebelum memperluas arahan ke seluruh negara, agensi itu menghentikan trafik udara di Chicago susulan masalah komunikasi kawalan trafik udara, lapor Reuters.

Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy berkata, gangguan itu menjejaskan 22 pusat kawalan trafik udara serantau yang mengendalikan pesawat dalam penerbangan antara lapangan terbang. Juruteknik FAA sedang menyiasat puncanya.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement
Petugas di menara kawalan trafik udara
Foto arkib petugas kawalan trafik udara di Pangkalan Tentera Udara Cannon, New Mexico, pada 1 Disember 2025. Foto Gracelyn Hess/Tentera Udara AS.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Markwayne Mullin berkata, semua pesawat yang sedang terbang telah dikenal pasti dan pihak berkuasa masih dapat berkomunikasi melalui sebahagian sistem.

“Ini gangguan telekomunikasi,” kata Mullin, dipetik daripada Associated Press (AP). Beliau berkata maklumat awal tidak menunjukkan gangguan itu berpunca daripada serangan.

Menurut AP, ini arahan henti berlepas seluruh negara yang pertama sejak Januari 2023, apabila sistem komputer utama FAA mengalami kerosakan. Setakat semakan pagi Sabtu waktu Malaysia, belum ada pengesahan bahawa FAA telah menarik balik arahan itu.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement