Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

MESF umum barisan atlet negara ke Kejohanan Dunia E-sukan 2026

Malaysia mempertaruhkan skuad MLBB, PUBG Mobile dan eFootball pada Kejohanan Dunia E-sukan 2026 di Banten, Indonesia, Disember ini.

A
Aim Wartawan Senior
October 29, 2026 • 11:48 AM 3 min read • 4 views
MESF umum barisan atlet negara ke Kejohanan Dunia E-sukan 2026

Logo Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF). Sumber MESF.

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 — Malaysia mempertaruhkan barisan atlet dan jurulatih dalam tiga kategori permainan bagi menghadapi Kejohanan Dunia E-sukan (WEC) 2026 anjuran Persekutuan Sukan Elektronik Antarabangsa (IESF) di Banten, Indonesia, dari 15 hingga 20 Disember ini.

Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) dalam kenyataan pada Rabu mengumumkan senarai kontinjen negara membabitkan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile dan eFootball (Console).

Pemilihan dilaksanakan menerusi jawatankuasa khas bagi setiap kategori dengan mengambil kira prestasi semasa, keupayaan teknikal, keserasian pasukan serta kesediaan atlet menjalani persiapan menghadapi kejohanan.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Lima pemain bawa cabaran MLBB

Bagi MLBB, lima pemain yang dipilih ialah Abdul Azim Abdul Rashid atau NovaXcobar (Roam), Dhiya Harith Hazran Shahrul Hadafi atau Rokji (Gold Lane), Muhammad Danish Fitri Razman atau Uniikey (Jungle), Muhammad Irfan Aujang atau Sepat (EXP Lane) dan Adam Alhakim Mohamad Ali atau Kyyim (Mid Lane).

Skuad itu akan dibimbing Doly Van Pelo Sihotang atau SaintDeLucaz selaku ketua jurulatih, dibantu Poon Kok Sing atau OzoraVeki sebagai penolong jurulatih.

Sementara itu, skuad PUBG Mobile dibarisi Mohamad Rezza Shah Mohd Azmi atau Kenny, Muhammad Nor Azmie Nazrie atau Bobby, Azim Haris Mohd Puhatdi atau Dep dan Shairazi Mohd Radzuan atau CZ.

Pasukan berkenaan akan dikendalikan Muhammad Nur Azmi Mohamed Halim atau Pasha sebagai jurulatih prestasi dan Mohamad Insaf Tamsil Suhardi atau Tamm selaku jurulatih taktikal.

Bagi eFootball (Console), Muhammad Hariz Hazmi Hakimin dipilih sebagai atlet negara dengan Hassan Pajani bertindak sebagai ketua jurulatih.

Menurut MESF, pemilihan Hassan mengambil kira pengalaman serta kemampuannya, termasuk pencapaian meraih pingat emas pada Sukan Asia 2026. Hariz pula dipilih berdasarkan pencapaian memenangi pingat perak pada temasya sama, selain pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa.

Prestasi, keserasian dan komitmen dinilai

MESF menjelaskan jawatankuasa setiap kategori dibentuk selepas perbincangan dengan wakil komuniti bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas mengenai keperluan pasukan.

Bagi PUBG Mobile dan eFootball (Console), calon jurulatih melalui proses permohonan terbuka serta temu duga sebelum keputusan dibuat berdasarkan pengalaman, pengetahuan teknikal, strategi dan kemampuan mengurus pasukan.

Proses pemilihan MLBB pula mengambil kira prestasi pasukan dalam saingan Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL Malaysia) Musim 18, kesesuaian pemain dengan meta permainan terkini serta kemampuan membentuk pasukan kompetitif dalam tempoh persediaan terhad.

MESF turut menjelaskan pemilihan pemain Gold Lane membabitkan pertimbangan terhadap Rokji dan Ciku sebelum jawatankuasa memilih Rokji berdasarkan prestasi, gaya permainan serta keperluan taktikal pasukan.

Bagi posisi Jungle, Uniikey dipilih selepas jawatankuasa menilai beberapa calon, termasuk Error404 daripada Team Vamos. Bagaimanapun, komitmen akademik Error404, khususnya persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menjadi antara faktor yang dipertimbangkan.

Menurut MESF, keputusan memilih Uniikey turut mengambil kira kemampuan teknikal, kesesuaian gaya permainan dan keseimbangan keseluruhan skuad, bukannya jumlah penampilan dalam pertandingan semata-mata.

Badan induk itu turut merakamkan penghargaan kepada Selangor Red Giants (SRG) atas kerjasama membenarkan Uniikey dan OzoraVeki menyertai skuad kebangsaan meskipun kelab berkenaan mempunyai jadual latihan serta pertandingan padat menjelang Kejohanan Dunia M8 pada awal Januari 2027.

MESF menegaskan pemilihan atlet dan jurulatih dibuat berdasarkan keperluan serta kesesuaian pasukan, selain mengambil kira komitmen kelab dan tempoh persediaan yang tersedia.

Menurutnya, pemain yang tidak terpilih bukan bermakna tidak berkualiti, sebaliknya keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan menyeluruh bagi membentuk pasukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Banten jadi pentas kejohanan dunia

Sebelum ini, MESF mengumumkan pelantikan Tamm dan Pasha pada 14 Oktober bagi mengetuai persiapan skuad PUBG Mobile sebelum barisan pemain dimuktamadkan.

Menurut kenyataan rasmi IESF, kejohanan edisi ke-18 itu akan berlangsung di Indonesia Convention Exhibition (ICE), BSD City. Indonesia pernah menjadi tuan rumah di Jakarta pada 2016 dan Bali pada 2022.

“Kami teruja membawa Kejohanan Dunia E-sukan kembali ke Indonesia,” kata Presiden IESF, Vlad Marinescu dipetik dari kenyataan penganjur.

Artikel Berkaitan Terdahulu

MESF lantik Tamm, Pasha bimbing skuad PUBG Mobile ke IESF WEC 2026

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement