Global
Trump namakan Selat Hormuz sebagai Selat Trump
Hantaran berkenaan memaparkan kawasan Selat Hormuz, laluan maritim penting yang menghubungkan Teluk Parsi dan Teluk Oman dibulatkan dengan label tajuk besar 'TRUMP STRAIT'.
Bangkok diisytihar kawasan terjejas bencana selepas banjir meluas
Hujan lebat menenggelamkan jalan raya di Bangkok; pihak berkuasa membuka tempat perlindungan dan menasihatkan penduduk mengelakkan perjalanan tidak perlu.
Houthi keluarkan video serangan dron
Dron berkenaan melancarkan muatan bom yang dijatuhkan dari udara, merangkumi bahan letupan tinggi (HE) jenis M48 rekaan Defense Industries Organization (DIO) Iran serta bom buatan tempatan.
Trump tolak gencatan senjata Iran, dijangka sambung serangan
Trump sendiri pernah menyatakan secara terbuka bahawa Iran kelihatan berminat mencapai kesepakatan, namun sumber berkenaan mendedahkan bahawa secara peribadi beliau masih meragui sama ada Tehran akan benar-benar memenuhi tuntutan AS.
Sebulan selepas banjir Nepal, lebih 5,000 masih hilang
Melepasi tempoh sebulan, harapan untuk menemui mangsa yang terselamat kian pudar, sekali gus memaksa pasukan penyelamat menukar strategi secara perlahan-lahan kepada operasi mengesan mayat.
Arab Saudi beri amaran penyelesaian dua negara mungkin lenyap jika dunia terus berlengah
Kebimbangan Putera Faisal turut disuarakan Setiausaha Agung PBB, António Guterres, dalam mesyuarat peringkat tinggi mengenai penyelesaian dua negara pada 22 September lalu
Sekatan terhadap penerbangan Iran bermula
Pada 8 September, Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap 27 syarikat penerbangan Iran yang masih aktif. Menurut jabatan itu, tindakan berkenaan sebahagian daripada usaha menyekat rangkaian yang didakwanya menggunakan sektor penerbangan awam untuk memindahkan anggota dan kelengkapan ketenteraan.
Tuvalu: Negara kecil yang hampir ditelan laut
Menurut unjuran NASA untuk Funafuti, ibu negara Tuvalu, kawasan yang sebelum ini hanya mengalami beberapa kejadian banjir luar biasa boleh berdepan kira-kira 20 hari banjir setahun menjelang 2050 jika tiada perlindungan tambahan diambil kira.
Lapan anggota kumpulan tempur USS Abraham Lincoln cuba bunuh diri
Kira-kira 6,000 hingga 7,000 anggota menyertai penugasan kumpulan tempur itu, yang melibatkan beberapa buah kapal. USS Abraham Lincoln dilaporkan berada di laut selama lebih enam bulan tanpa singgah di pelabuhan ketika menjalankan operasi tempur berintensiti tinggi terhadap Iran.
Siapakah pejuang Al-Qassam, Suhaib Abu Labad?
Menurut rekod beliau terbunuh dalam serangan udara Israel di Bandar Gaza pada 21 Ogos 2025, bersama beberapa orang lain.
Komponen jet F-35 tersalah hantar ke China
Menurut laporan Politico, komponen tersebut sepatutnya dihantar ke Amerika Syarikat untuk dibaiki. Penghantaran itu dilaporkan termasuk kanopi kokpit F-35 yang mempunyai ciri berkaitan keupayaan pesawat mengelak pengesanan radar.
'Bom nuklear di Israel tetapi Iran yang diperiksa'
Presiden Iran menegaskan Iran tidak mahu membina senjata nuklear, namun tidak akan melepaskan haknya menggunakan teknologi nuklear bagi tujuan aman, termasuk dalam bidang perubatan, pertanian dan bekalan tenaga.









