LABUAN, 7 Oktober 2026 — Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat Belanjawan 2027 yang belum disahkan, termasuk grafik mengelirukan dan imej dimanipulasi yang kelihatan seperti pengumuman rasmi.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pengguna perlu berhati-hati terhadap bahan yang menyalahgunakan gambar atau logo organisasi media bagi memberikan tanggapan maklumat itu sahih, menurut BERNAMA.
“Saya menjangkakan mungkin ada pihak yang cuba mendahului ucapan Perdana Menteri. Tidak perlulah menggunakan media sosial untuk berbuat demikian,” kata Fahmi.
Beliau ditemui selepas merasmikan Kompleks Kementerian Komunikasi Wilayah Persekutuan Labuan pada Rabu. Fahmi meminta orang ramai mengikuti siaran pembentangan belanjawan dan membandingkan maklumat tular dengan laporan media rasmi serta berwibawa.
Pengguna yang mengesan kandungan mencurigakan atau disyaki palsu diminta melaporkannya kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), menurut laporan sama.
Sebelum ini, Portal Belanjawan Kementerian Kewangan mengesahkan pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, 9 Oktober 2026, pukul 3.30 petang.
Artikel Berkaitan Terdahulu:
Kerajaan kekalkan SST, serap elemen GST bagi kurangkan cukai bertindih
[Belanjawan 2027] SARA perlu ditambah atau diperluas?
[Belanjawan 2027] Kuota petrol 300 liter, apa seterusnya?
Perbelanjaan subsidi 2025 turun RM15.67 bilion kepada RM23.43 bilion
Pembentangan Belanjawan 2027 diawalkan ke 3.30 petang
Anwar bayangkan peruntukan khusus belia, keluhan mahasiswa lapar diberi perhatian
Gaji minimum RM2,000, siapa menerima manfaat dan siapa menanggung kos?
Cadangan gaji minimum RM2,000 tunggu Belanjawan 2027
Belanjawan 2027 bakal perinci langkah tangani gaji graduan
Belanjawan 2027: Rakyat mahu bantuan kekal, tetapi bagaimana kerajaan mahu membayarnya?










