Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Robot humanoid Panther bantu kerja rumah, mampu memasak dan mengemas

June 3, 2026 • 4:31 AM 3 min read • 96 views
Robot humanoid Panther bantu kerja rumah, mampu memasak dan mengemas

BAYANGKAN sebuah robot humanoid yang mampu membantu kerja-kerja rumah seperti mengemas katil, membersih dapur, malah memasak sarapan.

Perkara itu mungkin bukan lagi fantasi apabila syarikat robotik China, UniX AI, memperkenalkan model terbaharu mereka dikenali sebagai Panther.

Robot berkenaan direka sebagai pembantu domestik serba guna dengan berat sekitar 80 kilogram serta ketinggian 1.6 meter.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

Menurut kenyataan syarikat, Panther mampu beroperasi sehingga 12 jam dengan sekali cas, sekali gus membolehkannya digunakan dalam tempoh yang panjang tanpa gangguan.

UniX AI turut memuat naik video demonstrasi yang memaparkan keupayaan robot itu melakukan pelbagai tugasan harian termasuk mengemas katil, membersihkan permukaan dapur dan tandas, serta menyediakan makanan.

Malah, syarikat itu memaklumkan bahawa penghantaran komersial model tersebut telah pun bermula, menandakan ia sudah memasuki fasa penggunaan dunia sebenar.

Ketua Pegawai Eksekutif UniX AI, Fred Yang, berkata syarikat itu bukan sekadar membangunkan teknologi canggih, tetapi berhasrat membawa robot ke dalam kehidupan seharian manusia termasuk di rumah, hotel, ruang awam dan sektor keselamatan sebagai alat produktiviti baharu.

Dari segi keupayaan teknikal, Panther dilengkapi dengan lengan bionik 8-DoF yang membolehkannya melakukan pelbagai pergerakan kompleks dengan tahap fleksibiliti tinggi.

Keseluruhan sistemnya memberikan sehingga 34 darjah kebebasan pergerakan, sekali gus memudahkan pelaksanaan tugasan yang pelbagai.

Di hujung lengan robot itu pula terdapat pemegang pintar atau gripper yang boleh menyesuaikan diri dengan bentuk dan saiz objek.

Dalam video promosi, Panther dilihat menggunakan sudip plastik untuk memasak telur serta berus tandas ketika membersihkan bilik air, selain turut menunjukkan ia membasuh serta mengeringkan 'tangan' sendiri selepas selesai melakukan kerja.

Robot humanoid Panther keluaran UniX AI memasak sarapan di dapur. (UniX AI)

Menariknya, struktur badan Panther juga boleh dipanjangkan secara menegak sehingga 80 sentimeter bagi membolehkannya mencapai kawasan tinggi seperti rak serta ruang rendah dengan lebih mudah.

Sistem penglihatan robot ini pula menggunakan kamera binokular dan kamera web bagi membantu navigasi persekitaran.

Berbeza dengan robot humanoid lain yang bergantung kepada kaki untuk bergerak, Panther menggunakan platform beroda dengan sistem pemanduan empat roda dan stereng empat arah.

Reka bentuk ini membolehkan pergerakannya lebih stabil di dalam ruang dalaman.

Robot itu turut dilengkapi teknologi penderia seperti lidar dan ultrasonik bagi menentukan kedudukan serta persekitaran. Ia mampu bergerak pada kelajuan kira-kira 1.9 meter sesaat, hampir menyamai kelajuan berjalan pantas manusia.

Menurut UniX AI, fokus utama pembangunan bukan semata-mata menghasilkan robot yang menyerupai manusia, sebaliknya memastikan ia mampu melaksanakan tugasan dengan stabil, cekap dan fleksibel dalam pelbagai situasi.

Dalam ujian awal, Panther dilaporkan berjaya melaksanakan beberapa arahan termasuk menyediakan teh, membersihkan dapur dan mengendalikan mesin basuh.

Sistem kecerdasan robot itu juga dibangunkan menggunakan gabungan pembelajaran imitasi dan perancangan tugasan jangka panjang bagi membolehkannya menjalankan kerja secara berurutan.

Selain kerja rumah, Panther turut direka untuk digunakan dalam pelbagai sektor lain seperti peruncitan, kaunter penerimaan tetamu, pemandu pelancong, penjagaan warga emas, teman interaksi serta bidang penyelidikan dan pendidikan.

Bagaimanapun, harga rasmi robot berkenaan masih belum diumumkan oleh UniX AI.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement

Passionate about independent digital journalism and tech trends.