Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

'Tak boleh pergi dulu', anak kembar dan ibu jadi kekuatan Adzrin Adzhar

Adzrin Adzhar mahu terus menyaksikan anak kembarnya membesar dan berada di sisi ibunya ketika berjuang selepas kanser kembali dikesan.

October 13, 2026 • 12:09 PM 3 min read • 39 views
'Tak boleh pergi dulu', anak kembar dan ibu jadi kekuatan Adzrin Adzhar

Adzrin Adzhar pada acara NIVEA Moments of CARE 2026. Foto: NIVEA Malaysia.

ANAK kembar dan ibu menjadi kekuatan buat penyanyi serta jurulatih vokal, Adzrin Adzhar, untuk terus berjuang selepas kanser kembali dikesan pada 2025, sedekad selepas diagnosis pertamanya.

Bagi Adzrin, 41, perkara yang paling meruntun hati ialah kemungkinan terpaksa meninggalkan anak kembarnya yang kini berusia sembilan tahun, selain memikirkan perasaan ibunya.

Ketika ditemui pada acara NIVEA Moments of CARE 2026 baru-baru ini, Adzrin berkongsi bagaimana pengalaman itu mengubah caranya menghargai masa bersama keluarga.

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

“Sampai satu tahap saya rasa, mungkin hari ini adalah hari terakhir saya hidup. Kalau saya marah anak pun, saya selalu diam dulu dan fikir, aku perlu marah ke tidak?” kata Adzrin.

Kesedaran itu membuatkannya memilih untuk berhenti seketika sebelum menegur anak-anak. Dia tidak mahu bertindak mengikut emosi dan kemudian menyesali waktu yang diluangkan bersama mereka.

‘Kalau saya tak ada, siapa nak jaga mereka?’

Persoalan tentang siapa yang akan menjaga anak-anaknya sekiranya dia tiada menjadi antara perkara paling berat untuk difikirkan.

“Kalau saya tak ada, siapa nak tengok dan jaga mereka?” katanya.

Walaupun percaya Tuhan mempunyai aturan tersendiri, Adzrin mahu terus menyaksikan anak-anaknya membesar. Pada masa sama, dia memikirkan kesedihan yang mungkin ditanggung ibunya jika terpaksa kehilangan anak terlebih dahulu.

“Sebagai seorang ibu, saya tak boleh bayangkan kalau anak saya pergi dulu. Jadi saya terfikir, bagaimana pula perasaan ibu saya jika saya pergi dulu?” katanya.

Adzrin Adzhar pada acara NIVEA Moments of CARE
Adzrin Adzhar tampil pada acara NIVEA Moments of CARE 2026. Foto: NIVEA Malaysia.

Keinginan untuk terus berada di sisi keluarga menjadi dorongan buatnya meneruskan usaha melawan penyakit.

“Perkara ini yang membuatkan saya rasa tak boleh pergi dulu, melainkan memang Allah tetapkan. Namun selagi ada peluang, saya akan usahakan untuk terus berjuang,” katanya.

Ambil 90 minit sebelum beritahu ibu

Sebelum ini, Adzrin didiagnosis menghidap kanser ovari pada 2015 selepas beberapa kali menjalani pemeriksaan susulan perubahan pada tubuhnya.

Dia mengambil masa kira-kira 90 minit di dalam kereta untuk menenangkan diri sebelum mengumpul kekuatan memberitahu ibunya.

“Ma, doktor kata adik ada kanser,” imbasnya.

Ibunya menangis mendengar berita itu. Adzrin bagaimanapun meminta mereka menghadapi ujian tersebut bersama-sama.

Pada 2025, kanser kembali dikesan dan menurut perkongsiannya, kali ini turut melibatkan hati serta payudara sebelah kanan.

Menerima keadaan sambil terus berusaha

Pengalaman terdahulu menjadi antara kekuatan yang dibawa Adzrin ketika berdepan ujian kesihatan sekali lagi. Dia berusaha menjaga diri mengikut kemampuannya, termasuk menetapkan peringatan pada telefon supaya tidak terlupa makan apabila kehilangan selera.

Adzrin turut berusaha bersenam dan menjaga emosi dengan menjauhkan diri daripada perkara yang membebankan fikiran.

Pegangan agama menjadi sumber kekuatannya ketika belajar menerima keadaan. Baginya, berserah kepada ketentuan Tuhan tidak bermakna berhenti berusaha.

Berdasarkan pengalamannya, dia mengingatkan orang ramai supaya peka terhadap perubahan tubuh dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan apabila perlu.

Harapan Adzrin ialah terus diberikan waktu bersama anak-anak serta ibunya. Selagi masih mempunyai peluang, dia mahu meneruskan perjuangan demi keluarga.

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement

Passionate about independent digital journalism and tech trends.