Nusa Times BACA. FIKIR. BERSUARA.
OCT_Phytoglutide (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement
OCT_Dybesol (2) wellnes promo
OCT_Femiluv (1)
OCT_Aphrodax (1)
SponsoredAdvertisement

Hala tuju dan cabaran Malaysia hadapi China

Ikuti temubual bersama pakar undang-undang mengenai pertelingkahan dan perebutan Laut China Selatan.

September 19, 2026 • 4:04 PM 13 min read • 106 views
Hala tuju dan cabaran Malaysia hadapi China

Dalam kancah geopolitik Asia Tenggara, isu Laut China Selatan (LCS) kekal menjadi salah satu cabaran paling meruncing bagi kedaulatan Malaysia dan negara rantau ASEAN. Isu ini berterusan sejak puluhan tahun dan ia tidak nampak penghujungnya. Ikuti temubual khas Naratif CMIWS bersama Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir dalam isu ini.

Sebagai Profesor di Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau bukan sekadar seorang pendidik, malah merupakan suara penting yang menterjemah kerumitan undang-undang laut kepada naratif yang mudah difahami oleh pembuat dasar dan masyarakat awam.

Bagaimana pakar melihat tuntutan ‘Sembilan Garis Putus’ (Nine-Dash Line) oleh China dari sudut undang-undang antarabangsa?

OCT_Aphrodax (2)
OSTEOK 1
SponsoredAdvertisement

PROF SALAWATI - Tak valid. Pertamanya, China membuat tuntutan sebenarnya bermula dengan ‘Eleven-Dash Line’ pada tahun 1948 dan bukan ‘Nine-Dash Line’. Waktu itu masih dipanggil Laut Malaya (Malayan Sea), dan di Filipina dipanggil ‘West-Phillipine Sea’ (Laut Filipina Barat). Usul Garis Putus itu berlaku ketika banyak negara masih belum merdeka jadi kita tidak memberi perhatian (terhadap perkara itu). Tetapi China sebenarnya sudah bergerak dengan memulakan langkah membuat rumah-rumah buluh di kepulauan yang sebenarnya bukan pulau (batu-batuan) sekitar untuk kegunaan nelayan berhenti sebagai present (hadiah). Namun waktu itu, tiada yang mengambil tahu.

Kemudian pada tahun 1964, China kemukakan semula tuntutan Garis Putus, yang pada ketika itu banyak negara telah merdeka. Malaysia juga pada waktu itu tidak mengambil tahu kerana masih fokus dengan isu dalaman negara. China pandai, kerana sedar akan peranan Garis Putus tersebut.

Isu ini disedari oleh banyak negara dan kelihatan semakin keruh pada tahun 2010. Malaysia, pada tahun 2011, sempat menghalau China dari Beting Serupai (James Shoal / Serupai Shoal), namun China sempat mendarat di Beting (Terumbu) Patinggi Ali dan masih di sana sehingga hari ini dan makin berkembang. Dengan had persenjataan dan persiapan tentera kita (Malaysia), kita tidak mampu untuk mencabar mereka (China).

Lebih-lebih lagi, terdapat 3 peringkat di Laut China Selatan, iaitu; (1) militia, (2) pengawal pantai, (3) tentera laut. Tentera laut China tidak akan dikerahkan, melainkan jika terdesak. Jadi yang selalu kita nampak adalah militia dan pengawal pantai mereka sahaja. Kerana tentera laut China, sangat secretive (penuh rahsia). Tentera laut China adalah sebagai langkah terakhir dikerahkan hanya jika militia dan pengawal pantai tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan. Tentera laut China juga berada di bawah arahan Presiden, jadi semuanya perlukan kebenaran Presiden. Jadi, pada tahun 2010 itulah isu Garis Putus itu mula disedari ramai (negara).

Apabila China bertindak melakukan perluasan, China tampak ‘jahat’ kerana batu-batuan yang pada waktu itu dijadikan pulau yang jelas salah mengikut garis panduan Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS). Kita tidak boleh buat pulau di kawasan yang hanya batuan dan ia sepatutnya kekal sebagai batuan. Apabila telah dibuat pulau, ia akan mengakibatkan kerosakan terumbu karang dan ekosistem hidupan laut, namun China seakan tidak peduli dan teruskan buat (pulau).

Hubungan China terhadap Filipina pula, yang membuatkan Filipina tidak puas hati adalah, Filipina terkenal sebagai negara kepulauan, China masuk dan mengambil pulau Filipina tanpa pengetahuan. Saya kurang ingat, tetapi terdapat satu pulau yang walaupun tidak berpenghuni, janganlah kau (China) ambil tempat orang.

Perkara ni tidak dibawa ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) tapi dibawa ke Tribunal Laut Antarabangsa pada tahun 2016. Filipina ambil tindakan tersebut selepas pulau mereka diambil oleh China. Ketidakpuasan hati Filipina lebih marak kerana China tidak hadir ke perbicaraan dan menyatakan bahawa China tidak menuntut Laut China Selatan, akan tetapi, Dinasti Ming memang di situ semenjak abad ke-14. Tetapi berdasarkan kajian saya, dakwaan ini tidak sah. Kerana dalam undang-undang antarabangsa, sejarah tidak boleh dibawa sebagai perbahasan. Kalau begitu (guna Sejarah), kita jadi macam Indonesia, di mana Srivijaya pernah di sini (Malaysia), Majapahit pernah di sini, dan keturunan orang Malaysia juga ada yang dari Sumatera dan Jawa. Jadi adakah kita (Malaysia) Indonesia? Tak boleh begitu, kan? Sebab kita sekarang di bawah negara berdaulat dan bukan di zaman ‘tok kaduk’.

Jadi apabila China tidak hadir, maka ia seakan-akan sebelah pihak. Keputusan juga tetap jelas, iaitu, berikan semula hak kepada Filipina. Tuntutan China adalah salah, tidak mengikut undang-undang antarabangsa, sejarah pula tidak boleh digunapakai. Saya juga dapati, berdasarkan kajian berkenaan sejarah Laut China Selatan dari fokus Nusantara, saya dapati sebenarnya mengikut arkib, orang pertama yang datang ke situ (LCS) adalah Melayu Champa. Yang turun di Spratly Island. Bermakna, orang yang menggunakan laut tersebut adalah orang dari kepulauan kita (Malaysia, Vietnam). Tetapi Vietnam enggan sebut Melayu Champa kerana sentimen agama (Islam) supaya potensi untuk menang dalam perebutan LCS terjaga. Ya, sejarah LCS ini agak kompleks. Namun, Filipina masih kekal memanggil Laut Filipina Barat. Pada saya, Laut China Selatan itu hak orang Malaya sebenarnya. Tetapi tidak boleh lagi kita ubah nama kepada yang lain melainkan LCS. Kita sudah terlambat untuk menamakan ia sebagai Laut Malaya.

China tidak hadir ke perbicaraan Tribunal Laut Antarabangsa atas sebab mereka tahu yang tuntutan mereka tidak boleh digunapakai.

Apa kaedah risik yang digunakan oleh China untuk isu LCS (dari 3 tier militia, pengawal pantai dan tentera laut)?

PROF SALAWATI - China ada kumpulan khas mereka. Kita patut lihat tindakan Presiden mereka (China - Xi Jinping). Presiden mereka dilantik dan menggerakkan diplomasi. Salah satu kaedah diplomasi yang digunapakai adalah ‘Wolf-Diplomacy’. Mereka yakinkan rakyat yang tindakan mereka berkenaan Laut China Selatan adalah yang terbaik. Susulan langkah ‘Wolf-diplomacy’ ini, China telah kerahkan menteri-menteri untuk fokus jalankan kerja berkaitan dengan Laut China Selatan. Maka Laut China Selatan, menjadi antara fokus utama mereka hari ini.

Pelajar-pelajar di sana belajar tentang LCS sebagai topik khas. Mereka pula meletakkan 11 unit yang terdiri daripada negara-negara ASEAN di bawah ‘Centre of South China Sea’. Setiap unit tersebut ada kurang lebih 20 orang yang fasih berbahasa Melayu. Kita pula (di Malaysia) sering terpegun dengan mereka yang boleh berbahasa Melayu. Hakikatnya, mereka adalah perisik. Saya pernah jumpa seorang perempuan, sedang makan malam di sebelah saya, di Beijing, boleh berbahasa Melayu. Saya tanyakan, dari mana dia belajar? Jawapannya, dia belajar di Universiri Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, kemudian belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), dan sekarang pusat dalam Malaysia adalah di Hui Nan University. Setiap hari orang sepertinya dapat baca surat khabar, ambil informasi daripada kita (Malaysia). Oleh kerana itu, jika anda semua perasan, South China Morning post dah ceritakan soal isu panas tentera (YeYe) kita. Sebab apa? Sebab mereka dapat info dari surat khabar kita, ruangan gosip.

Jadi, taktikal China adalah, memastikan negara yang ada masalah dengan mereka, macam Malaysia yang ada isu tuntutan LCS, akan lemah dengan sendirinya dan tunduk pada kuasa mereka (China). Mereka (China), buat masa kini sedang meminta untuk kerjasama pembangunan. Kita tidak boleh lakukan itu (kerjasama pembangunan) dengan mereka kerana kita tak berdaya.

Pertama, kita tidak boleh kerana kawasan itu (LCS) adalah kawasan bertikai (kawasan pertelingkahan). Perlu ke ICJ terlebih dahulu, yang mana China enggan. Tetapi, mereka (China) masih memujuk negara-negara lain untuk kerjasama pembangunan. Tindakan yang pasti dan boleh mereka ambil adalah dengan membeli ahli-ahli politik dengan tawaran duit.

 

Bagaimana Malaysia harus mengimbangi antara protes diplomatik dan tindakan undang-undang dalam menangani pencerobohan kapal asing?

PROF SALAWATI - Zaman dahulu sahaja ada bantahan diplomatik. Kini, ianya bergantung kepada kaedah diplomatik yang digunapakai. Kita hilang kekuatan itu. Kalau kita buat sekarang, adakah China peduli?

Ya, dalam jangka masa panjang, LCS akan menjadi milik China. Bermakna, untuk selesaikan isu ini segera, semua negara yang terlibat perlu bawa China ke ICJ, baru ianya boleh diselesaikan mengikut undang-undang antarabangsa.

 

Bagaimanakah status undang-undang bagi pulau buatan? Adakah ia layak memiliki zon maritim seperti pulau semula jadi?

PROF SALAWATI - Tidak boleh. Kerana ia ditambak, maka ia tetap dikira sebagai pulau buatan. Di bawah artikel 133 UNCLOS, pulau buatan tidak dianggap sebagai pulau semula jadi. Tetapi China buat begitu dan klaim perbuatan tersebut sebagai perluasan kuasa. Jika pulau buatan dianggap sebagai pulau sebenar, nanti China akan ada Zon Ekonomi Eksklusif yang besar. Seperti Singapura, apabila tambakan untuk perluasan dilakukan, maka mereka bertambah Zon Ekonomi Eksklusif yang akhirnya akan memasuki juga kawasan Zon Ekonomi Eksklusif negara lain. Jika terumbu karang, ia dikira sebagai objek sahaja dan bukan pulau.

China sudah buat pulau buatan yang besar, dan juga terdapat pangkalan tentera di situ. Jika dikaitkan dengan Amerika Syarikat (AS) pula, mereka tidak berani untuk datang sendiri untuk mencabar China. AS mesti akan membawa negara lain seperti Australia, UK, Belgium, India, Korea, Canada, Japan untuk tunjukkan kekuatan. Isunya, apabila China buat begitu, AS pula ada Indo-Pasifik. AS sebelum ini sangat memberi tumpuan berkenaan perkara ini (LCS) tetapi AS tetap sibuk menjaga Israel, perang Gaza. Sekarang dengan isu Venezuela, maka tumpuan AS juga telah berkurang di rantau kita. Jadi kita (Malaysia) sekarang ada buat indeks dan mendapati AS telah kurang pengaruh dan tumpuan terhadap isu di Asia Tenggara.

 

Adakah wujud kemungkinan untuk negara-negara ASEAN yang mempunyai tuntutan bertindih menyelesaikan isu sempadan sesama sendiri terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan China?

PROF SALAWATI - Tidak akan. Kerana kita ada COC yang digunakan untuk mengawal tindakan China. Tetapi hakikatnya, buang masa. China cuma membuang waktu untuk buat banyak kerosakan di LCS. Perjumpaan berkaitan COC dalam enam bulan sekali. Maka, dalam masa enam bulan itu, China boleh buat 5-6 pulau buatan. Kita (Malaysia, Vietnam, Filipina) memang rugi.

China pula adalah pelabur terbesar dalam Malaysia. Kita akan menghadapi masalah apabila kuatkuasakan ART (Perjanjian Perdagangan Timbal Balas) bersama AS. Kita harus berjaga-jaga untuk hadapi banyak kemungkinan.

Jadi, COC memang lambat dan hanya wujud sekadar nama. Saya hadiri seminar, ramai juga berpandangan yang sama. LCS ini menjadi isu yang amat susah untuk diselesaikan kerana hanya 4 buah negara (ASEAN) sahaja yang terbabit. Enam lagi negara yang tidak terbabit seakan lepas tangan. Hakikatnya, ASEAN sendiri juga sudah retak. ASEAN perlukan persetujuan dalam banyak perkara tetapi tidak dapat dicapai.

 

 Adakah konsep ‘pembangunan bersama’ merupakan jalan keluar yang praktikal atau ia sebenarnya satu perangkap perundangan?

PROF SALAWATI - Ya, pembangunan bersama adalah perangkap perundangan.

 

Sejauh manakah Prinsip Berkecuali ASEAN mampu bertahan apabila ahli-ahlinya mempunyai interpretasi undang-undang yang berbeza mengenai isu ini?

PROF SALAWATI - Ya, ASEAN juga begantung dengan Prinsip Berkecuali ASEAN. Tetapi tidak boleh disamakan dengan cara penubuhan Kesatuan Eropah (EU). ASEAN ditubuhkan bukan atas dasar kemanusiaan, atau lain-lain, melainkan hanya atas dasar ekonomi semata-mata. Dasar Luar Negeri setiap negara ASEAN berbeza, jadi akan ikut kepentingan negara masing-masing. Walaupun negara berjiran, tidak semestinya dasar kita sama.

Disebabkan itu, keadaan di ASEAN ketika ini agak teruk. Jadi, mudah bagi anasir-anasir luar untuk masuk. Seperti China, mereka telah merapat dengan Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand dan Kemboja. Kita (Malaysia) dan Indonesia juga mula jatuh kepada China.

Taktikal China adalah pajakan. Seperti kerajaan Kemboja yang tidak membenarkan jualan tanah kepada negara luar, China cuma pajak tanah di sekitar Sungai Mekong untuk dijadikan pangkalan tentera laut mereka (China). Jika lihat laporan terkini mereka sedang membina dermaga untuk Angkatan laut mereka yang besar.

 

Apa sebab China mahu sangat LCS? Adakah sumber-sumber dari hasil bumi? Atau untuk kekuatan strategik tertentu?

PROF SALAWATI - Ya, LCS adalah sebagai penutup kepada BRI (The Belt and Road Initiative) China. China dah pusing dan dapat mencapai objektif mereka di serata dunia dan tinggal ini sahaja yang belum diperolehi untuk kuasa strategik ekonomi. Adakah kita rasa mereka (China) nak lepaskan LCS? Saya rasa tidak.

China ada 142 pangkalan kecil di seluruh dunia. Dan di setiap pangkalan, mereka lakukan kajian. Kenapa China buat begitu? Kerana China ada program ‘Kelestarian 100 tahun’. Presiden mereka (Xi Jinping) telah programkan China untuk kekal sekurang-kurangnya 100 tahun lagi.

China tidak akan lepaskan LCS walaupun perlu hadap peperangan. Jika berlaku peperangan (dengan AS), semestinya akan memberi kesan berkaitan isu Taiwan dan 9-Dash Line.

 

 Adakah China mahu melihat negara-negara ASEAN lemah dengan sendirinya terjadi? Jika ya, berapa lama lagi agaknya akan berlaku?

PROF SALAWATI - Kita tidak boleh meletakkan tempoh kerana ianya sangat subjektif. Pada pendapat saya, isu LCS susah untuk mencapai ke satu titik kerana susah diramal. Negara ASEAN lain tidak terlibat, tetapi yang terlibat masih memerlukan kesepakatan.

Perjumpaan COC pula cuma 2 kali setahun, ianya amat lambat. Jadi, China peduli apa? Setiap masa mereka (China) di kawasan itu (LCS). Telah banyak kawasan yang diambil, batuan yang dijadikan pulau dan sebagainya. Jadi apa seterusnya?

 

Pada pandangan Prof, apa tahap keseriusan Malaysia untuk tangani isu ini?

PROF SALAWATI - LCS dibincangkan juga dalam TV3 (Siaran TV). Saya juga pernah memberi ulasan dan sebagainya, jadi ada pendedahan juga. Tetapi apabila (Perdana Menteri, Datuk Seri) Anwar Ibrahim ambil alih, segalanya hanya beberapa pihak yang dipertanggungjawabkan sahaja yang boleh bercakap. Menulis berkaitan LCS juga perlu lebih berhati-hati sekarang, seakan-akan perkara ini eksklusif. Pada pendapat saya, Perdana Menteri perlu tahu berkenaan perkara ini daripada pelbagai pihak. Jadi saya kesal berkenaan itu.

Jadi saya tertanya, kenapa isu LCS ini tidak dibincangkan secara terbuka seperti Filipina lakukan? Ahli akademik yang turun padang lihat ke lapangan dan sebagainya, adakah ia perkara sia-sia?

Pada bulan September lepas, di Royal Chulan, majlis Pelancaran Suku Pertama Ulasan Kertas Menteri Pertahanan berlangsung. Terdapat dua sesi, di mana sesi pertama saya terlibat dan sesi kedua beberapa orang lain lagi. Seorang pensyarah bertanya soalan berkenaan tindakan kita (Malaysia) berkenaan aset-aset yang kelihatan usang. Jawapan yang diberikan ‘pengarah’ ini agak mengejutkan saya. Jawapannya, dengan gaya yang agak berlagak, “Well, this kind of questions, if I bring it to the Prime Minister, do you know what will happen? PMX might say, sure, take the budget out and buy new assets. So, I can tell him today, and tomorrow morning we could get new assets. You know what will happen to ASEAN? All ASEAN countries will also buy new assets. Nanti ASEAN akan menjadi tempat perlumbaan senjata”. Saya persoalkan, kenapa pula?.

 

Sebagai kesimpulan, apakah satu perubahan besar dalam undang-undang maritim yang anda harapkan dapat meredakan ketegangan di Laut China Selatan?

PROF SALAWATI - Tiada perubahan selagi China tidak membawa isu ini ke ICJ. Selagi China masih dengan 9-Dash Line, selagi China meletakkan pengawal pantai di (terumbu) Beting Patinggi Ali dan menceroboh negara-negara lain, saya rasa kita hanya boleh berdialog secara belakang tadbir sahaja. Ya, jika China ke ICJ, tentu mereka akan kalah. Maka, disebabkan itu mereka (China) enggan hadir. China tidak boleh dipaksa untuk pergi ke ICJ kerana ICJ bukan seperti Tribunal. ICJ memerlukan kesepakatan, iaitu memerlukan persetujuan semua negara. LCS adalah laluan tersibuk di dunia, dan China faham perkara itu.

 

Dari mana kami boleh dapatkan sumber artikel berkenaan isu LCS ini?

PROF SALAWATI – Terdapat banyak buku mengenai isu ini, Google pun banyak. Kalau artikel dalam bahasa Cina, tentunya akan lebih memihak kepada China. Kalau artikel Barat, tentu akan memihak lebih kepada Barat. Kalau artikel Malaysia, tentu lebih memihak kepada Malaysia. Jadi, penting untuk kita nampak dan faham perkara ini, seiring dengan lain-lain kepentingan kita (negara).

 

Perlukah campur tangan ketenteraan untuk selesaikan isu ini?

PROF SALAWATI - Tidak juga. Kerana ianya tidak boleh berlaku sesuka hati. Pada pendapat saya, kini, dunia telah terperangkap dengan idealogi ‘siapa yang kuat, akan menang’. Negara yang kuat akan beradu sesama sendiri. Jadi yang akan menjadi mangsa adalah kita (negara lemah). Bantahan juga tidak dipedulikan. Pada pendapat saya, kita masih perlu naik taraf aset ketenteraan, baru akan terlihat kuat.

 

Kita selalu adakan latihan ketenteraan bersama (Malaysia-China). Kenapa kerajaan Malaysia ambil inisiatif sedemikian walaupun sedang tegang dengan isu LCS?

PROF SALAWATI - Latihan ketenteraan bersama itu adalah perkara biasa. Negara lain, seperti Singapura juga buat begitu (latihan bersama China),  sedangkan Singapura adalah sekutu US. Jadi, latihan ketenteraan bersama ini lebih kepada urusan diplomatik. Seperti yang saya katakan, kita tidak nampak China sebagai lawan, malah mereka kawan kita (Malaysia). Tetapi, mereka ambil kesempatan terhadap kita. Kita tidak sedar perkara itu (secara menyeluruh). Kita juga buat latihan bersama ini, atas urusan diplomatik, untuk kita lihat apa yang boleh kita (Malaysia) peroleh, seperti senjata dan sebagainya.

 

*Artikel ini pernah dikeluarkan oleh majalah UiTM CMIWS Insight 

OCT_Phytoglutide (3)Advertisement